Personal

PERMULAAN BERSAMA TASNEEM

Assalamualaikum,,Lamanya rasa dah tak berblog. Last masa zaman muda mudi dulu. Hahah.. Since sekarang dah mula berbusiness produk-produk TASNEEM, so hari ni nak cerita sikit macam mana permulaan bonda boleh terjebak dengan business Tasneem ni.

Masa dalam pantang tahun lepas, Mikhael kena Jaundice lama sangat. 2hari lepas keluar dari hospital terpaksa warded di HSF Muar (pantang di kampung) sebab prolonged jaundice. 3 hari jugak bermalam kat hospital. Malam pertama tu macam biasa laa. Bonda mesti nangis sebab Abi takde kat sisi. Hahahah Bacaan Jaundice Mikhael agak tinggi time tu sebab ikut darah Abi dia. Dari 300++ masa keluar tu bacaan masih 270++. So after balik dari hospital still kene bawak cucuk kat KK setiap hari. Macam-macam dah ikhtiar. Last-last google nampak laa produk tasneem ni. 

Time ni tak cuba lagi. Still ikhtiar cara biasa. Makin hari kuning Mikhael makin turun sampai bacaan dia jadi 6. Alhamdulillah sangat-sangat. Rasa lega sangat dah masa ni sebab dah boleh balik rumah sendiri berpantang dekat rumah mak.

Sepanjang Mikhael kuning tu bonda stay kat rumah kakak sebab dia je yang boleh tolong hantar bonda pergi KK setiap hari. Abi dah balik Shah Alam atas urusan kerja. Memang cara pantang time tu dah tak betul dah. Sakit-sakit badan ni haa. Bila balik rumah mak kat kampung baru sambung urut semula. Huhuhu After mikhael dah masuk 8 bulan tiba-tiba bonda ada niat nak buat side income. Hihihi..

Mulanya bonda nak join dropship produk-produk barangan baby je untuk jual kat shopee. Sekali bonda ternampak website yang produk baby ni jual ade jual produk tasneem. Bonda pun try laa masa tu google cari cara (NAK JOIN DROPSHIP) produk ni. 

Tak la dari hari tu dapat message dari salah seorang Master TN ni suruh isi G form if berminat nak join team dia. (masa ni tak tahu pun yang Cik Jai ni Master dalam TN) haha. Lepas dari join dropship tu mula jugak pakai sikit-sikit ptoduk dia. Bonda mula try Balm T-rub, minyak telon dan skeenz sebab mikhael sembelit dan ruam peluh.

Nak dijadikan cerita yang Allah bagi rezeki, sepanjang buat business Tasneem best sangat!! Banyak sangat ilmu dunia and akhirat bonda belajar. Ilmu marketing free ke bayar ke banyak jugak dah join. Paling best dapat support dari semua team even some of them bukan dari team kita sekalipun. Cara founder yang dekati semua agent-agent tak kira rank. Memang best sangat-sangat! Once u join and betul-betul ada niat nak buat memang u akan sayang nak tinggalkan family ni. Trust Me!!. hehehe

Apa pencapaian yang bonda dah dapat setakat 8bulan join Family Tasneem ni,, 2minggu pertama buat tasneem bonda dah achieve rank up partner. Tak sangka pun dalam masa 2minggu tu bonda boleh buat sales sampai RM700++ kalau tak silap. Hujung bulan 12 achieve pulak target untuk naik rank Leader!! masa ni terus start bina team sikit demi sikit. Alhamdulillah dapat maintain permulaan sales dengan RM2.5k ke atas. Setiap bulan makin naik. Paling tak percaya sekarang dah 2bulan berturut-turut bonda dah maintain 5k keatas. Every month kalau boleh nak aim target buat sampai 10k!!!

Kepada yang baca nukilan bonda ni, doakan bonda semoga terus success dan berjaya dalam perjalanan bonda bersama Tasneem ni ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *