Tips

HAMPIR SEBULAN KUNING – INI TIPS TURUNKAN JAUNDIS BAYI!!

Bila bayi kena demam kuning atau Jaundis (Jaundice), ianya seperti jadi satu perkara normal pada setiap bayi yang baru lahir. Ianya adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.

Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.

Perbezaan antara bayi sihat dan bayi jaundis

Jaundis ni juga terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘pathologic jaundice’ dan ‘physiologic jaundice’.

“Pathologic jaundice adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera” manakala

“Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.”

BAGAIMANA BAYI BOLEH DAPAT PENYAKIT KUNING?

Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin ini akan bertambah.

Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut.

Jaundice

Bagi sesetangah orang, apabila bayi dapat penyakit kuning ianya seperti perkara biasa walhal penyakit ini jika tidak dirawat boleh mendatangkan kesan yang buruk pada bayi tersebut.

Pengalaman bonda sepanjang berpantang pada tahun 2020 apabila bayi bonda hampir sebulan alami jaundis. Hari kedua selepas dilahirkan, kulit muka mula nampak kekuningan. Hari ketiga kelihatan mata juga kekuningan dan bawa ke klinik untuk cek bacaan jaundis. Hari pertama cek bacaan bilirubin di KK adalah 11.1.. Hari keempat, bacaan bilirubin meningkat ke 12.5 manakal hari kelima bacaan semakin meningkat sehingga mencecah ke 18 dan kami diminta bawa bayi kami ke HSF untuk rawatan lanjut. 

Bermula kisah kami bermalam di HSF selama 3hari 3malam.

Hari pertama bermalam di HSF dengan melihat keadaan anak ditiarapkan dibawah lampu biru tanpa baju dan seluar dan hanya pakai pampers sahaja. Sayu hati tengok keadaan anak seperti tu. Walaupun duduk dibawah lampu tapi tubuh kecil tu tetap menggigil kesejukan kerana berada dalam kawasan yang terdedah dengan aircond. 

Bila berada di wad ni, semua perkara kena buat senidiri tanpa bantuan suami. Time ni pantang entah kemana, tungku perut pun tidak, berurrut pun terpaksa skip, rambut tak ikat ketat. Allah memang lemah badan time ni tapi tetap gagahkan juga. Tidur pula tak kira waktu. 2jam sekali wajib kena kejutkan baby untuk bangun susu.

Khael di bawah lampu biru
Khael di HSF, Muar

Hari kedua, seawal jam 5pagi nurse dah usung sorang-sorang baby untuk ambil darah. Jam 6 pagi pula nurse usung untuk bawa pergi mandikan baby. Dalam pukul 9pagi doktor dan nurse dah round wad untuk cek keadaan dan keputusan bacaan jaundis untuk tentukan samada patient dibenarkan keluar atau tidak.

Nasib tidak menyebelahi kami. Bacaan jaundis baby masih tinggi dan doktor minta kami stay untuk lihat keadaan baby pada keesokan harinya. Rutin sama dilakukan pada baby. 

Hari Keempat, akhirnya kami dibenarkan keluar sebab acaan jaundis anak ada perubahan ketara. banyak penurunan berbanding hari pertama dan kedua. Tapi pemerikasaan bacaan di KK tetap diteruskan sebab bacaan jaundis baby masih 15++.

Rekod Kesihatan Khael

Allah..dugaan sungguh pengalaman pantang anak sulung ni. Selepas keluar hospital selama 9 hari berulang-alik ke KK untuk ambil darah cek bacaan kuning baby. Kesian tengok tapak kaki bekas cucuk sana sini. Dari bacaan 15++

Alhamdulillah turun dan ada harinya bacaan tersebut naik semula. hari ke-9 bacaan jaundis adalah 8. Kali ni nurse kata tak perlu datang lagi. Time ni Allah je tahu perasaan gembira bonda. Memang menangis kegembiraan la. Akhirnya baby bonda bebas dari dicucuk untuk ambil darah. Macam-macam petua bonda ikut untuk turunkan kuning/jaundis anak.

6 PETUA TURUNKAN JAUNDIS BAYI

  1. KERAPKAN PENYUSUAN IBU 1-2JAM SEKALI
  2. HERBA MANDIAN KUNING CINA
  3. SUSU KABING ASLI
  4. ELAKKAN DARI MAKAN MAKAN BERASASKAN KUNYIT/JAMU SEWAKTU PANTANG
  5. JEMUR BAYI DIBAWAH CAHAYA MATAHARI WAKTU DHUHA
  6. SAPU BALM TASNEEM PADA KAWASAN HATI BAYI

Dulu sewaktu bonda tak kenal lagi produk tasneem ni, bonda tak tahu yang tasneem ada balm yang bantu turunkan jaundis baby. Bonda ikut semua petua kat atas ni je. Alhamdulillah tips yang ke-5 membantu. 

Tapi bila bonda mula gunakan produk tasneem sebab anak sembelit, bonda suggest produk ni pada kawan-kawan yang bakal bersalin. Sewaktu anak mereka dapat jaundis, balm tasneem sangat membantu dan jaunds baby mereka turun dalam masa sehari ke dua hari. Menakjubkan sungguh!

Jadi, bonda sarankan dekat semua, sediakan lah barang-barang keperlan untuk baby seawal yang boleh. Tak rugi kita sediakan lebih sedikit keperluan untuk baby sebab ianya akan bantu mudahkan kita dalam uruskan baby sewaktu dalam pantang nanti.

Set Kuning Tasneem Naturel

1) Set Newborn Basic

2) Set Newborn Premium

BAGAIMANA BALM TASNEEM BANTU TURUNKAN KUNING BAYI?

Di dalam balm tasneem, ianya mendungi bahan-bahan natural seperti essential oil yang diformulasikan untuk merawat dan melegakan masalah yang dihadapi oleh bayi mengikut dos bayi yang telah ditetapkan.

Balm tasneem ni juga 100% semula jadi yang mempunyai kelulusan dari KKM dan selamat digunakan pada semua peringkat umur seawal bayi baru lahir.

Bagi merawat masalah kuning/jaundis, terdapat 2 jenis balm untuk digunakan iaitu :-

1) CALMTIME BALM

– Terdapat 8jenis EO yang terkandung dalam setiap balm tasneem. Kandungan yang terdapat dalam Calmtime balm salah satunya adalah EO Geranium yang mana fungsinya adalah membantu menurunkan bacaan jaundis baby.

2) T-RUB BALM

– Balm Trub adalah balm yang diformulasi khas untuk melegakan masalah perut dan membantu perut baby agar lawas dan mengelakkan dari kembung perut. Bacaan jaundis bayi juga akan turun sekiranya baby kerap kencing dan berak.

Untuk pertanyaan lebih lanjut berhubung produk Tasneem Naturel boleh click link SET BABY JAUNDIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *